Cikgu Puaadi sedang menerima hadiah hari lahir daripada Pengerusi PIBG sekolah Encik Abdullah Amin."Ni, nak kena salam ke? Tangan saya ni tak basuh lagi,he he boleh ke?," "Boleh, "no problem" punya".

Gambar Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Ampang Tahun 2008. Tiada dalam gambar ialah Puan Nalamal kerana menghadiri kursus.
Gambar Ahli Jawatan Kuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Ampang tahun 2008.


Ustaz Ruzmi dapat hadiah baju bayi ke? Seronok nampak? Jangan pakai baju bayi sudah le, nanti tak muat pulak.Bedak tu pula hanya untuk anak pakai bukan untuk bapak pakai.
Hai,Ustazah Nurul Hafizah pun dapat hadiah untuk bayi. Setiap guru yang dapat hadiah ni, semestinya baru dapat anak.

Guru Besar Encik Mohamad Husaini bin Saad PPT, sedang menyampaikan pakaian bantuan kepada murid yang layak menerimanya pada majlis "Hari Guru Tahun 2008".
Pengerusi PIBG SKPA Encik Abdullah Amin menyampaikan pakaian bantuan kepada salah seorang murid.
Cikgu! Harap-harap tahun depan, saya dapat le pakaian "free" le lagi. Insyaallah, kalau ade rezeki lebih.

Baju ni saya punya ke? Muat ke saya pakai ni?Belum cuba macamana nak tahu, muat ke tak muat."Try" le dulu.


Ni, hadiah yang besor ni saya "cup" dulu, simpan-simpan hadiah tu nanti orang lain dapat. Guru Besar Encik Mohamad Husaini sedang mencabut undi bagi hadiah yang disediakan oleh setiap orang guru sendiri bagi kategori bertukar-tukar hadiah.Hai nasib le sape dapat hadiah yang besor tu.
Puan Hajjah Faridah, Penolong Ko-kurikulum berucap sepatah dua kata sempena Hari Guru.
Ni, hadiah pakaian yang kerajaan bagi untuk awak. Belajar tu kena rajin-rajin,jangan malas.Kalau malas nanti saya ambil balik pakaian tu,faham.
Yang ni, bapak budak ni.Bukan budak ni....Kalau encik ni nak baju,hanya murid je yang diberi "free" oleh kerajaan.Baju orang dewasa tak ada "free"kat sini, kalau nak, kena beli kat Kuale.

Guru-guru SKPA sedang beratur membuat barisan bagi menerima kain-kain selepang daripada murid-murid tahun enam.Cikgu bebaris le elok-elok, suruh murid-murid bebaris lurus-lurus tapi cikgu bebaris bengkang-bengkok je.







Ni,rasa macam jadi ratu cantik pulak.Hai!Panasnya hari,bersilau mata saya.


Apa benda dema buat tu? Dema nak pakai selepang pun tak reti ke?

Tiga orang Pendekar Do, Re dan Mi.Seronok ke pakai kain selepang tu?

Kain selepang ni, buat dari kain ape ya.Kain sutera kot.Ntah-ntah kain nilon je.